BIARKAN AWAN MENDUNG BERLALU

Semalam kelihatan langit terang ..
Burung seronok berkicauan ..

Hari ini ..
Awan kelihatan mendung ..
Gelap mula menyelubungi langit terang ..
Angin sepoi.sepoi mula terasa ..

Aku melihat dari tingkap .
Kenapa tiba.tiba langit berubah sekelip mata ?

Oh.
Aku silap rupanya ..
Terang langit menutupi beban air yang ada dalam awan ..
Hari demi hari air mula bertambah menambah beban tanggungan awan ..

Dalam terang langit .
Awan menyembunyikan segala beban yang ditanggung ..

Hingga lah hari ini ..
Awan tidak lagi mampu menampung bebanan air yang ada ..
Kini tiba masa untuknya hilangkan segala beban ..

Hujan turun lebat membasahi bumi ..
Aku hanya mampu memerhati dari tingkap bilik ..
Menanti hujan reda ..

Kini ..
Hujan tiada lagi ..
Langit mula terang kembali ..

Kini aku fahami ..

Hujan yang diturunkan tadi meninggalkan pelangi yang indah sekali ..
Awan pula tiada bebanan lagi ..



NOTAKAKI : Kebahagiaan akan datang selepas kita kenal erti kederitaan .. kerna hanya selepas itu kita tahu hargai bahagia yang datang ..