Semalam awak dengan dia seperti belangkas ..
Tak boleh berpisah walau sekejap ..
Apa yang dilakukan semuanya bersama ..
Kalau tak pon semua bendanya mesti tak terlepas dari pengetahuan masing2 ..
Awak dengan dia seperti satu hati dan satu jiwa ..
Tiada ragu untuk muncul orang ketiga ..
Kerana antara awak dan dia memg xde ruang langsung untuk orang mencelah ..
Bahagia nya awak dan dia seperti dunia ini hanya milik mereka ..
Kisah mereka tidak diragui lagi ..
Suka duka dilalui bersama ..
Perancangan masa depan juga telah di buat ..
TAPI ..
Hari yang panas jangan disangka tiada hujan ..
Hari yang siang pasti beransur malam ..
Yang datang pasti akan pergi ..
Yang bertemu pasti akan berpisah ..
Kisah awak dan dia tidak lagi sama ..
Kini semuanya sudah berbeza ..
Salah siapa ..
Awak atau dia ..
Mungkin sama2 ..
Kisah yang disangka akan bertemu bahagia akhirnya berduka juga ...
CINTA dihati manusia tak pernah hilang ..
Cuma kadang2 ia BERUBAH ..
Kalau tak manakan orang bercerai setelah 50 tahun bernikah ..
Semua ini hanya mainan ..
Drama dipentas dunia ..
Kita lakonkan apa yang di arah ...
Tanpa mengetahui skrip ..
Kita hanya mampu memerhati hingga habis untuk mengetahui ending nya ..
Kenangan tetap akan jadi kenangan ..
Yang pergi takkan patah kembali ..
NOTAKAKI : Maybe people not change but the FEELING does ..