Disebalik SIKAP yang kita tak suka ..

LELAKI ..
1. Mengongkong
2. Workaholic
3. Mata duitan
4. Tidak memberi perhatian
5. Pentingkan diri

Kalau kita tanya golongan wanita .. Jawapan yg mcm ni la antara favorite yg diorg akan jawab bila disoalkan perangai lelaki yang diorang tak suka .. Tapi tahu kah mereka sikap2 ini ada baiknya buat mereka? Sikap2 ini ada alasan tersendiri buat lelaki.

1. Mengongkong
Ini kerana dia tidak mahu menjadi seorang yang dayus .. Membenarkan kamu keluar bersama laki2 lain dan membiarkan batas2 kamu tanpa dikawal.

2. Workaholic
Mereka sangat mementingkan kerja untuk memastikan dia mampu menanggung kamu serta anak2nya nanti. Siapalah mahu bersusah untuk saja-sajakan.. Lagipun ibubapa kamu pasti akan tanya "Laki kamu tu kerja apa? Kerja itu je?!" ..

3. Mata duitan
Ini sebab mereka mahu kamu dan anak kamu merasa kemewahan. Lagi banyak duit yang dia dapat lagi banyak saham yang masuk kat kamu jugak.. Lagipun kalau si lelaki dapat bonus pun pasti akan hadiahkan isterinya macam2.. Tak caya tengoklah sendiri.

4. Tidak memberi perhatian
Lelaki ini adalah pemimpin. Dia tidak memberi perhatian pada perkara remeh kerana dia menguruskan hal2 yang besar. Perhatian yang selalu wanita cakapkan ini bila lelaki bz dan tiada masa nak dengarnya meluah rasa .. Sepertinya harini dia nampak kasut pattern baru, kisah si minah dengan meon, dia sakit perut sbb xmakan kononnya nak diet, dia buat rambut baru dan etc. Girls! wake up... kalau lelaki2 ni melayan kamu tau ke berapa banyak dosa kamu yang terpaksa dia tanggung .. Mengumpat orang .. Membazir beli perkara yang tak penting .. dan mengalakkan kamu berhias bukan untuk dirinya. Dalami yang dikatakan dan fikir ya ..

5. Pentingkam diri
Kamu tahu kalau si LELAKI ini tidak punya sikap yang pentingkan diri, dia tak mungkin kan nikahi kamu .. Sebabnya apabila dia menikahi kamu, kamu akan menjadi miliknya seorang .. Andai kamu mahu bertemu keluarga kamu juga terpaksa meminta izinnya .. Lagipun kalau dia tak pentingkan diri dia akan biarkan kamu bersama orang lain ..



Ini sedikit yang boleh dihuraikan .. Fikir dan renungkan .. Sikap2 ini ada kalanya penting .. Cuma kita mungkin perlu membantunya untuk tahu bila perlu dan tidak ..

Bagi versi wanita pula tunggu next entry ok ..

NOTAKAKI : Bila mereka benar syg kita segala yang dilakukan semuanya bermakna.