| ADILKAH BUATKU |
Setiap insan di dunia ini tidak lari dari buat salah ..
Termasuk juga diri aku ..
Tapi ada sesetengah perkara kesalahan itu tidak sepatutnya dilakukan dan buat tak nampak ..
Aku tak pasti sama ada memang benar wujud manusia yang dalam hati nya tidak terasa langsung dengan keadaan sekitarnya ..
Kalau benar ada adilkah buat diriku untuk terus menerima kesalahannya ??
Begitu mudah sesetengah orang untuk menyakiti orang lain dan meminta maaf ..
Tapi adilkah bagi hati yang telah disakiti itu ??
Kesalahan diluar kawalan mungkin boleh di consider ..
tapi andai salah itu sengaja buat tak nampak ..
Mungkin tidak ..
Aku pendam segalanya kerana aku tidak mengganggap mu orang asing ..
Tidak baik lagi kah aku selama ini aku melayanmu ??
Segala rasa biar dipendam ..
Namun bila hati tidak lagi tahan kau menyalahkan aku dan menambah berat dihati ini ..
Untuk meluahkan kembali segala yang ditelan sungguh aku tidak mampu ..
Andai ku minta kau muntah semula makanan juga kau rasa sakit ..
Apatah lagi rasa ini ..
Memaafkan itu satu kewajipan ..
Tapi untuk menerima mungkin tidak bagiku ..
Selama ini telah banyak peluang yang aku telah berikan ..
Maaf ..
Berilah aku peluang untuk berasa tenang
Aku juga punya hak tuk bahagia ..
Kalau dulu kau tak fikir hatiku ..
Cukuplah aku fikirkan hatimu ..
Biarlah aku jaga hatiku sendiri dan kamu jaga hatimu ..
NOTAKAKI : Bahagia itu milik semua insan ..

NOTAKAKI : Bahagia itu milik semua insan ..
