| TANPA SEDAR |

Right now I am watching Lagenda Budak Setan ..
Tanpa sedar aku teringat pada si dia yang menjadi teman ku dipanggung tengok cerita ni ..
Thats moment .. Really unforgettable .
He so sweet, so kind n treat me so nicely ..
I miss him ..

Apa yg aku nak kata adalah .. kadang2 kita tak sedar perbuatan kita memberi kesan pada seseorang .. Baik baik atau buruk .. Yang paling menyedihkan apabila kita meninggalkan kesan sayang dan meninggalkan begitu saja tanpa rasa bersalah .. Atau menyakiti tetapi buat2 tiada apa yang berlaku ..

Perkara ini bukan berlaku pada pasangan bercinta .. Tetapi dalam hubungan persahabatan .. Dalam ikatan kekeluargaan .. Selagi ada hubungan dengan manusia kita tak lari dari menyinggung dan tersinggung .. Cuma bezanya antara sengaja atau tidak dan melupakan atau berdendam ..

Wahai sahabat ..
Dalam perjalanan kita sebagai kawan .. Mungkin anda tidak sedar anda banyak menyinggung saya .. Begitu juga saya tapi maafkan andai itu berlaku .. Dan saya maafkan apa yang berlaku .. Kadang2 saya cuma perlu masa untuk tenang semula .. Tapi jangan pula anda menimpa singgungan itu terlalu banyak .. Takut saya akan give up dan berlalu terus dari anda ..

Wahai kekasih ..
Anda hebat kerana memberi satu perasaan yang luar biasa di hati .. Tapi sayang awak tak hargai perasaan itu .. Apa yang awak bt hanya sekadar perbuatan .. Bukan dari hati .. Andai awak tak layan saya dengan terlalu baik, tidak perlulah saya mengenang kenangan kita itu lagi ..

Wahai keluargaku ..
Hidup ini bermula dari anda semua .. Dilalui bersama-sama .. Namun ikatan itu masih belum kuat untuk kita bersatu sebagai keluarga .. Dengki dan busuk hati tsepatutnya tidak perlu dalam ikatan ini .. Kasih sayang yang perlu disemai bukan benci .. Harap kita akan bersatu satu hari nanti ..



NOTAKAKI : Berterima kasih dan mohon maaf setiap kali bersama sesiapa .. Kita tak tahu apa yg berada dihati mereka saat bersama kita ..