| KOSONG |
Ok ini bukan entry pasal lagu NajwaLatif or sewaktu dengannya tapi ini kisah tentang apa yang aku rasa sekarang ni ..
Akhirakhir ni aku kerap plak tgk love story and paling latest GerimisMengundang. Besh tapi ending sedih gile. Ok ini entry bukan nak cerita pasal GerimisMengundang jugak. Tapi still tentang perasaan aku.
Entah kenapa aku tibatiba rasa kosong. Seperti ada satu ruang baru yang wujud dalam diri aku dan ianya kosong dan bagai perlu di isi sesuatu ..
Bila difikirkan semula soal cinta, aku seperti lupa apa rasanya bila dilamun cinta dan aku seperti tidak pasti apakah yang aku alami ini adalah satu ikatan cinta atau hanya satu ikatan antara dua manusia sahaja ..
Aku seperti masih ternantinanti si dia yang mampu mengisi kekosongan hati .. Apakah orangnya adalah orang yang sama dengan orang yang aku bersama selama ini atau orang lain ??
Lihat kisah cinta buat aku teringin nak merasa perasaan cinta yang bahagia itu. Mungkin selama ini aku tersalah mentafsirkan cinta sebab itu aku tak rasa seperti mana mereka rasa. Aku ingin kan satu perasaan cinta. Perasaan yang lahir antara dua jiwa. Saling mencintai dan menyayangi sepenuh hati. Hubungan yang bulan dan bintang tidak dapat tandingi .
Mungkin benar kata orang. Cinta tak perlu dicari kerana ia akan datang sendiri. Lagi di kejar lagi ia lari ..
Bila kita tak sedar ia datang sendiri. Masa itu bahagia terasa tanpa disedari. Senyuman lebar mula wujud pada diri. Tak semenamena diri lah orang yang paling bahagia sekali ..
Harap ada yang mengisi kekosongan ini suatu hari nanti ..
Masa ia tidak pasti tapi kehadirannya aku pasti ..
NOTAKAKI : Cintai diri baru mereka boleh cintai kita :D
