| UNTUK KESEKIAN KALINYA |

Aku tak tahu la masuk ini da kali ke berapa aku bergaduh dengan mamat ni. 
Aku pun taktau apa masalahnya sampai nak kena gaduh sentiasa.
Adakah kerana hati ni dah mula tawar or what ??

Hubungan ni bukan nye kejap tapi tak terlalu lama juga.
Hampir 8 tahun aku dengan dia.
Suka duka and macammacam feeling aku dah lalui dengan dia ni.
Dari zaman basikal sampai kereta ni aku dengan dia.
Tapi aku macam tak kenal dia je and dia pun macam masih tak boleh paham aku.

Kenapa??
Apa masalah hubungan ini ?
Adakah takdir kami sememangnya bukan bersama ?
Aku tak pasti kalau aku mampu menerima lagi orang lain dalam diri ni.
Bila hati aku da terbuka nak terima orang lain, aku dikhianati dan dipermainkan.
Kini aku serik nak buka hati aku lagi pada mereka yang aku taktau hati budi.

Lepas sorangsorang aku ditinggalkan. 
Baik family. kawan. dan kekasih.
Layaknya aku hanya tinggal bersendirian. Tanpa sesiapa disisi. 
Ya. Im forever alone. Mungkin itu yang terbaik untuk diri aku dan semua orang. 
Hadirnya aku atau tidak, Langsung tak beri kesan pada sesiapa.

Kalau dulu aku mampu menerima semua hinaan dan cacian kerana aku pasti ada yang masih sayangkan aku dan sanggup menerima aku seadanya. Tapi kini aku pasti tiada lagi. Tiada lagi senyuman atas kehadiran aku. Atau mungkin hanya kehilangan yang mereka pinta supaya tidak perlu melihat aku lagi. 


Kesepian mengajar aku supaya lebih tabah. Melalui harihari dengan kerinduan buat aku semakin kuat.
Ubat itu pahit namun ia mengubati penyakit. Begitu juga hati. Perpisahan itu pahit. Tapi itulah kunci kebahagiaan apabila menemui perjumpaan yang sepatutnya.

NOTAKAKI : Hidup terlalu singkat untuk memikirkan perihal yang sangat panjang.