TERUKIR KATA

Lewat malam ini angin berlalu kencang. Sambil ditemani bulan dan bintang serta burung yang berlalu berkicau riang. Hati ini terasa gundah namun dipendam. disimpan sendiri. Tak mahu dan tak tahu bagaimana harus diluahkan. Mata ingin menangis namun airmata tidak mampu lagi mengalir. Cuma hati yang meraung mengharap insan dengar jeritan seksa.

Niat untuk bermain mengundang jatuh ke gaung dalam yang curam. Bagaimana harus diri di selamatkan dari lurah yang dalam lagi kelam. Jalan buntu tiada penyelesaian.

Sekeping daging yang mampu membinasakan diri. Andai rosak maka rosak juga seluruh diri. Arah tuju nya kadang sukar diramal dan dikawal. Ntah kenapa daging ini meyeksa aku. Itulah daging hatiku. Memberontak ingin sesuatu yang tak mungkin akan jadi milikku. Aku keliru akan diri ini. Saat ku dengar suara ku, aku seakan terasa seperti orang lain yang bersuara. Hampir tidak ku kenal suara ku lagi. Tidak ku kenal diri ini. Tidak ku pasti lagi hati ni.

Persoalan yang berlegar diminda membuat seluruh jiwaku gelana. Apa yang aku inginkan. Apa yang aku mahukan. Apa yang aku perlukan. Aku sendiri tidak pasti dan tidak tahu lagi. Aku sayang dia namun aku cinta dia. Namun aku tak mampu mempertahankan pon walau salah satu dari nya. Dia yang aku sayang, tidak lagi meberi bahagia. Dan dia yang aku mula ada perasaan cinta sudah ada miliknya. Kini apa yang aku ada hanya diri ku yang gila. Tak mampu untuk berpikir harus dan tidak. Baik dan buruk. Hanya ikut perasaan dan emosi tanpa fikir kesan nya nanti.

Bertindak seperti budak hanya kerana ingin perhatian dari mereka yang disayang. Aku sedar siapa aku. Ingin ku belajar terima hakikat dunia. Sayangi diri tanpa mengharapkan orang lain. Walau seribu kali aku berpesan pada diri ini untuk tidak berharap, namun jwa ku sering terjebak untuk mendaki harapan tinggi yang akhirnya mengundang ku jatuh tak mampu untuk bangun lagi.

Maafkan aku. Aku hampakan diri mu. Kini aku sendiri tak tahu apa lagi yang hati ku mahu. 


Untuk U : Thank sebab pernah hadir dalam hidup I.  I seronok sangat dapat kenal U. Serius I taktahu nak ungkapkan rasa I ni dalam kata kata. Tapi I harap u faham apa yang I rasa.

Untuk Nur : Maafkan krol. Krol pon tak tahu sapa kat hati krol lagi. :(