DIET GOLD D'HERBS

Assalamualaikum ..

Kali ni entry pasal produk pelansingan plak .. Asyik cerita soal hidup aku yang bosan je pon bosan juga. hahaha ..
Ok .. Lets begin ..
A past 10 days ago aku ada beli this produk. Diet gold keluaran D'herbs. 
Kalau kat kedai biasa harga RM38.90 tak salah aku tapi aku beli kat Pasar Malam Tun Razak dapat la harga RM35. 

So hari ni tinggal lagi 1 paket jer ..
So far apa yang aku rasa selalu sakit perut la tp buang nya tak berapa nak banyak ..
Lagi pelik selera aku makin bertambah !!

Bayangkan la sebelum pegi kerja da breakfast makan roti. Pukul 11 dekat kul 12 perut dah lapar. Kalau lapar je takpe ni sampai pedih perut ni .. Tu siang takpe lagi .. Tengah tengah malam bila datang laparnya .. Hurmm .. Memang tak boleh tidur la selagi tak boleh makan ..

Tu yang aku pelik .. Kenapa selera makin naik.
Mungkin sebab produk ni dia cuci dalam perut kan so bila da bersih mula la dia nak mengisi balik ruang ruang kosong yang ada tu. Hahaha ..

Tak kisah la ..
Aku dah cuba.
Mungkin kondisi badan aku ni lambat kot nak dapat effect .
Lagipon badan aku memang susah gile nak turun.
Aku pon tak tau kenapa ..
Tapi aku cuba percaya yang produk ni boleh turunkan berat aku sebab orang kata kalau nak ubat tu berkesan kita kena percaya baru otak tu boleh kasi effect kat badan.. Orang kat lar .. Bukan aku . Huhuhu ..

So kotak ni da habis. MAybe aku akan beli lagi. Maybe lepas makan 2 kotak baru nampak keberkesanannya ..

Harapharap aku dapat la merasa berat aku ni turun sikit kalau tak banyak pon .
Nak juga merasa pakai baju lawa lawa ..
Keluar rasa confident ..
And yakin sepanjang hari ..
Cewaahh .. Cam buat iklan plak aku ni ..
Huhuhu ..


So aku rasa banyak lagi page yang da buat review tp alang alang aku pon letak jela review product ni kat sini. Senang, hihihi ..


Kebaikan.
  • Membuang lemak yang tidak diperlukan badan.
  • Antioksidan dan menyahtoksik dalam sistem pencernaan.
  • Mengurangkan selera makan dan memberikan rasa kenyang sepanjang hari.
  • Membantu mengecilkan lengan, pinggang, punggung dan peha.
  • Membantu mengempiskan perut yang buncit.
  • Sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita.
Kandungan
  1.  Wheat Fibre bermanfaat untuk melancarkan fungsi pencernaan.
  2. Oat Fibre terdiri daripada peratusan kompleks karbohidrat yang tinggi.Ia juga bersifat rendah lemak secara semulajadi dan bermanfaat untuk melancarkan fungsi pencernaan.
  3. Apple Fibre serat yang terkandung untuk melancarkan fungsi pencernaan.
  4. Physillium Husk kaya dengan fiber. Secara traditional, ia digunakan untuk mengatasi sembelit. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan kolesterol dalam darah.
  5. Senna Leaf dapat menghilangkan sembelit. Ia sangat efektif dalam melarutkan lemak dan racun untuk mengembalikan kesegaran tubuh.
Cara penggunaan
  1. Campurkan 1 sachet kedalam 1/2 cawan air suam dan kacau hingga larut. Tambahkan air suam/sejuk, minum segera dan banyakan minum air kosong.
  2. Ambil 1 x Sehari selepas makan sarapan pagi.
Maklumat lain
  1. Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik.
  2. Tidak digalakkan bagi wanita yang mengandung.
  3. Isipadu/Berat DIET GOLD: 15 gram x 10 sachet

NOTAKAKI :  Kalau tak berkesan pon nak buat macam mana. Janji dah cuba dan usaha :D