Assalamualaikum
Lately bila aku buka media sosial aku tengok hidup orang lain aku cuba matikan perasaan jeles, cemburu, membanding banding hidup aku dengan dia. Sebab aku cuba didik hati aku supaya bersyukur, dan apa yang orang lain dapat itu rezeki dia dan rezeki aku maybe kat tempat lain. Tapi hidup aku hari hari dengan media sosial, hari hari aku tengok diorg post kegembiraan, kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan diorang. Dan aku tak pasti berapa lama aku mampu untuk “ala biar lah “ “ala tu da rezeki dia”. Sebabnya bila lama lama mereka mereka ni muncul aku mula terasa beza hidup aku dgn mereka. Makin aku lihat mereka bahagia makin aku rasa derita, makin aku lihat mereka berjaya makin aku rasa diri aku loser.
Business aku makin slow, persaingan semakin banyak. Walaupon aku dah buat benda ni lama tapi hasil aku tak segempak diorg. Diorg dah ada macam macam dan hasil diorg lebih 10kali ganda lagi cantik dari aku dan order mereka jangan kata, sehari penuh bonet kereta. Aku pula masih ditakuk lama. Masih tak mampu nak kumpul modal untuk menambah dan majukan apa yang aku ada. Dan ada masa aku rasa macam nak putus asa. Aku sedih sebab business aku ni diorg kebanyakkan nya cuma buat sebagai part time tapi hasil dan keuntungan mereka wow, aku pulak ini la sumber duit makan aku dan kini hasil tiada. Mungkin rezeki aku dah tak ada dalam business ni.
Lihat kisah Syafiqah Aina aku rasa cemburu. Dia bertuah dapat seorang lelaki yg benar benar sayang dan cinta kan dia. Tiap tiap tahun surprise macam macam. Hadiahkan macam macam. Buat business sama sama dan nasib mereka baik business berhasil. Untung rupa kejadian Allah cipta pun cantik sama lawa sama segak. Hidup mewah. Dari luaran aku tengok dah tak ada apa yg kurang pun hidup diorg tu. Serba lengkap. Rupa yg elok, harta yg banyak, cinta yg tulus, senang kata PERFECT la.
Dan dalam aku struggle dengan hidup aku. Yg sering aku memikirkan untuk tamatkan sahaja hidup aku. Dengan cubaan bunuh diri yang entah berapa banyak, Aku terlihat kisah mereka yang bagi aku hidup dalam keadaan baik. Perjalanan hidup tu dah cantik berjalan lancar. Hidup pun dah senang tapi diduga dengan penyakit yang membawa kematian. Mereka berhempas pulas berjuang untuk terus hidup. Kenapa ?? Mereka yang punya hidup yang baik perlu mati dan aku yang ingin mati disebabkan derita dengan hidup aku yang dah punah ni kena hadap dan teruskan hidup ?? Dunia ini bagai tidak adil. Entah la. Fikiran aku ini aku tahu salah tapi ini lah yang aku rasa. Hidup di dalam gelap tanpa harapan dan cahaya. Namun aku harus tetap terus melangkah walau tidak mampu melihat apa yg ada disekeliling. Andai tersadung maka jatuh la. Tapi aku lebih kerap bertemu tembok. Yang membuatkan aku terhenti dan tidak tahu kemana harus ku tuju.
Aku harap aku mampu bertahan selagi hayat ini ada. Aku harap mental aku tetap kuat dan waras walau apa pon yang perlu aku hadap. Aku tiada siapa. Aku perlu bergantung pada diri sendiri. Aku perlu tanya pada diri sendiri hari hari. “Kau ok” “Aku tau kau tak ok”. Kena pujuk diri sendiri. Kena peluk tenangkan diri sendiri. Sebab dekat dunia ni tak ada siapa pon yg nampak penderitaan, kesedihan dan kemurungan aku. Bagi diorg aku pemalas. Taknak berubah. Asyik nak tidur. Dah tak reti nak berdikari. Taknak usaha ubah diri sendiri. Takpe. Cakap semua. InsyaAllah aku tahan dan terima je apa orang cakap. Orang dah tak sayang pon aku terima. Orang rasa aku ni tak berguna pon aku terima.
P/s : Maaf coretan kali ni agak panjang. Sebab dah lama pendam cuma tak ada tempat nak luah. Ini je yang ada. 😔
