Salah ke kalau aku punya Cinta dan Sayang pada orang yang berbeza ?
Entah kenapa aku sedih bila tengok couple lain bahagia dengan pasangan masing masing.
Aku jeles bila aku tengok mereka bertentang mata bagai tiada orang lain di sekeliling.
Aku jeles bila mereka senyum melihat pasangan mereka seolah olah dunia milik mereka.
Aku jeles bila mereka bernafas seolah olah hidup hanya untuk mencintai satu sama lain.
Aku jeles bila lihat mereka saling mencintai sepenuh jiwa raga.
Kenapa aku tak memiliki semua itu ?
Salah ke kalau aku nak rasa perasaan cinta tu ?
Salah ke kalau aku sedih bila aku tak dilayan seperti mana aku harapkan ?
Aku tak tahu dengan siapa aku harus mengadu. Macam mana aku nak rasa cinta bila dulu aku dilayan sebaiknya tapi sekarang ... Aku buntu. Bila aku cuba untuk jelaskan perasaan aku, keinginan aku dia akan mengelak. Malas nak layan. Sudahnya aku merajuk pon dia cuma berlalu anggap tak ada apa yang berlaku. Dan ini membuatkan aku lebih rindukan Cinta aku. Dan sayang aku pada dia makin lama entah la. Berdosa ke aku ? Tapi dia yang abaikan perasaan aku.
Aku rindu Nur sangat sangat. Aku rindu cara dia prihatin pada aku. Aku rindu cara dia pujuk aku. Aku rindu belaian dia manjakan aku. Aku rindu saat aku masih miliki dia. Aku rindu dia ðŸ˜
Nur layan aku dengan penuh rasa cinta, rasa sayang. Bila aku ada dengan dia, dia tak pernah sibukkan benda lain, telefon ke, termasuk kawan kawan dan family dia. Dia akan layan aku je. Dengar aku bebel. Dengar masalah aku. Gaduh. Manja. Sampaikan dalam 24jam tu yang memisahkan kami adalah tidur je. Walaupon seharian kami lepak, lepas hantar dia balik je terus oncall sampai tidur. Aku kadang sampai cuba nak ingat balik la apa yg kami borak tak habis habis tu.
Dia tahu bila aku ada masalah. Dia sedar bila aku nangis. Dia tak pernah lepaskan tangan aku bila kami keluar jalan jalan. Kelakar bila dikenangkan. Entah apa yang dia risau. Padahal aku just nak tgk barang. Melilau dia cari bila aku lepaskan tangan dia. Bila aku lapar dia masakkan. Bila aku sedih rindu dia padahal baru jumpa pon dia sanggup datang jalan kaki walaupon rumah dia dgn rumah aku jauh gila. Dah la rumah dia kawasan kg hutan tu. Bayangkan dia boleh redah tgh2 malam jalan kaki semata mata nak jumpa aku. Dia plak memg tak ada transport. Tau2 sampai je depan rumah peluh2 jalan kaki. Dia selalu amek tau hal aku. Tunjukkan rasa cemburu. Kadang rasa terkongkong tapi dari situ aku tahu dia sayang aku. Dia punya rasa insecure sampai dia jarang la bawa aku lepak dgn membe2 dia. Kalau ada hal nak jumpa pon memg dia jumpa tuk settlekan hal tu je pastu blah. Katanya takut membe usha. Padahal aku ni bukan cantik pon tapi bila orang betul sayangkan. Hari hari aku tak pernah rasa layanan dia berkurang. Hari hari dia bagi pandangan dia dekat aku macam first time kami bertentang mata jatuh cinta. Ewahh! Lagipon walaupon aku dgn dia selalu bergaduh teruk, perasaan cinta tak pernah hilang. Kami dah janji seandainya hari ni aku dan dia masih punya rasa cinta maka kita akan bercinta sungguh sungguh tapi kalau esok Allah tarik rasa tu kita redha. Sekarang Allah pisahkan aku dgn dia dan jodohkan aku dgn orang lain.
Aku tak tau mcm mana nak hilangkan rasa cinta pada Nur. Setiap hari aku nangis rindukan dia. Bila Hanis layan aku dgn endah tak endah lagi membuak rasa rindu aku pada Nur. Hanis tak pernah peduli. Tak pernah paham body language aku. Tak pernah pujuk aku. Tak pernah cuba nak tunjukkan dia sayang aku. Tak pernah cuba nak buat aku rasa bahagia. Aku sedih. Aku tak tahu apa aku patut buat. Wajarkah aku memikirkan perpisahan semata mata kerana aku tidak dilayan seperti yang aku harapkan? Apakah aku yang berdosa bila perasaan cinta ini makin menebal pada Nur ? Apa aku berdosa bila aku rindukan Nur ? Aku cuba untuk berikan seluruh hati aku pada Hanis. Tapi cara Hanis membuatkan aku makin tawar hati.
Tolonglah. Aku cuma nak rasa indahnya perasaan bila saling mencinta.
Aku ingin rasa disayangi. Dicintai. Dihargai.
NotaKaki : Aku harap Allah tolong jagakan Nur dan buatkan dia Happy. Aku harap sangat dia Happy. Dan aku harap sangat dia dengar bisikan hati aku yang terlalu rindukan dia. IMissYou Nur ðŸ˜
