CEMBURU SEORANG PEREMPUAN


Assalamualaikum | Selamat Sejahtera 

Jarang jarang aku layan drama melayu sebenarnya tapi untuk cerita ni aku nak bagi pandangan aku mengikut pengalaman aku. Jadi aku tak kata apa yang aku tulis ni betul. Ini cuma apa yang aku rasa atas apa yang aku pernah lalui.

Sebelum tu aku cerita sinopsis sikit lah pasal story ni.
Cerita ni kisah pasal 3 orang sahabat Zik, Dhia dgn Emy. Dhia kawan baik dgn Zik dari kecil. Dan Dhia juga kawan baik pada Emy. Emy dan Zik pasangan suami isteri yang bercinta sejak zaman belajar lagi. Nak dijadikan cerita, Emy accident dan tak boleh mengandung lagi. Rahim dia kena buang sebab pendarahan yang teruk. Jadi Emy buat keputusan nak cari Ibu tumpang untuk buat IVF. Bagi Emy untuk tambah kebahagiaan dia dgn Zik, dia nak Zik ada anak lagi. Jadi Emy minta tolong Dhia untuk kahwin dengan Zik tapi bukan untuk hidup sebagai suami isteri tapi untuk jadi ibu tumpang sahaja. Dan Zik dgn Dhia pun dah pernah janji yang mereka takkan pernah ada perasaan sebab mereka memang anggap masing masing sebagai kawan baik sahaja. Tapi lepas kahwin, lain pula jadi.

Selepas aku baca komen komen netizen. Ramai yang berpihak pada Dhia. Kononnya kesian dekat Dhia sebab kena berkorban. Kena pendam perasaan. Lagi pula watak Dhia seorang perempuan yang bertudung, cakap lemah lembut. Jadi ramai yang berpihak pada Dhia dan merasakan Dhia yang baik. Manakala Emy pula seorang perempuan yang punya ada masalah mental, paranoid, dan dianggap jahat dalam cerita ni. Ramai yang minta Emy tu mati dari cari perhatian dengan cara psycho macam.

Baik. Ini pandangan aku. Sejujurnya aku sangat bencikan watak Dhia dalam cerita ni. Dan watak yang jahat dalam cerita ni sememangnya Dhia. Kenapa aku cakap macam tu? Dhia sebenarnya suka Zik dari zaman diorg belajar lagi. Tapi Dhia pendam. Dan Emy pula berterus terang dan bagitahu Dhia tentang perasaan dia pada Zik. Dhia sokong untuk Emi luahkan pada Zik. Dan akhirnya Emy dan Zik bercinta hingga ke jinjang pelamin. Dhia pula tetap simpan perasaan pada Zik. Hinggakan selepas Zik dan Emy kahwin pun Dhia tetap rapat dengan Zik dengan alasan mereka kawan baik sejak kecil. Watak Emy dalam cerita ni adalah seorang perempuan yang overthinking tapi bukan salah Emy. Dari kecil Emy dibesarkan dari broken family. Bapa Emy tinggalkan Emy masa Emy kecil. Lepas tu Mak Emy pula meninggal. Lepas accident, Emy kehilangan anak dan yang paling teruk, rahim Emy terpaksa dibuang dan Emy takkan boleh mengandung lagi. Disebabkan macam macam dugaan yang menimpa Emy jadi macam tu. Selalu berfikir sebab dia takut. Dia trauma. Dan punca dia accident pun sebab dia nampak Zik keluar berdua dengan Dhia masa tu. Walaupun pada ketika itu Zik bukan niat untuk curang sebab Dhia nak plan baby shower dgn Zik untuk Emy tapi perempuan mana tak cemburu tengok suami dia keluar berdua dgn perempuan lain walaupun dia tahu perempuan tu kawan baik suami dia. Nak nak pula Zik tipu Emy cakap ada meeting dengan client padahal jumpa perempuan lain. Memang mana mana isteri pun akan fikir bukan bukan.

Jadi Emy memang sakit. Sumpah aku dapat rasakan apa yang Emy rasa. Dan kesakitan tu aku boleh rasa sekuat kuatnya. Dalam keadaan Emy yang berfikir ikut perasaan, dia minta kawan baik dia tolong mengandungkan anak dia sebab dia percayakan kawan baik dia. Suami dan kawan baik dia dah janji yang mereka takkan ada perasaan cinta. Dan mereka takkan hidup sebagai suami isteri dan “bersama”. Sejak dia gugur dan tak boleh mengandung dia makin tak boleh berfikir dengan waras. Sepatutnya Dhia sebagai kawan dan Zik sebagai kawan boleh tolong berfikir untuk Emy bahawa keputusan untuk Zik dan Dhia untuk berkahwin tu tak tepat. Tapi dekat sini kita boleh lihat kawan baik yang ambil kesempatan. Disebabkan Dhia tu masih ada perasaan dekat Zik, dia sanggup setuju untuk kahwin dengan Zik dan buat IVF. Dan selepas mereka kahwin Zik dan Dhia sikit sikit simpan perasaan dan menjalinkan perasaan cinta. Apa yang membuatkan Emy paling sakit bila dia dapat rasa ada sesuatu yang tak kena, dan kemudian dia tanya tapi suami dan kawan baik dia tipu depan muka dia. Dah lah tipu, suami dia mula marah marah cakap dia suka fikir bukan bukan. Padahal apa yang dia rasa tu betul. Part ni memang aku sangat sangat terasa. Mereka buat salah tapi kita pula yang disalahkan. Dah la makin lama suami dia jauhkan diri dari dia. Bila lunch Zik sibuk cari Dhia. Bila Emy call dia tak angkat. Balik kerja dia cari Dhia dulu dekat rumah lepas tu baru dia balik rumah Emy. Bila balik, Emy tanya apa yang dia rasa, Zik marah marah dia, cakap yang Emy tu cari pasal tuduh bukan bukan. Kalau dengan Dhia bukan main cakap lembut siap cerita masalah dia dgn Emy. Dah la curi curi keluar rumah Dhia masa Emy tidur. Mana tak lagi stress Emy tu? Dengan perasaan yang dia rasa. Lepas tu kena tuduh yang dia tu paranoid, kena tipu hidup hidup dengan kawan baik dan suami. Sudahnya bila sampai limit dia, Emy juga yang disalahkan sebab tak boleh terima keadaan. Zik guna alasan Dhia tu isteri dia yang sah dan isteri yang Emy tu pilih. Mereka manusia biasa, mereka tak sangka boleh jatuh cinta. Mana lah hati diorang kan? Dah la keadaan Emy yang tengah sakit kena tipu tu, diorang boleh guna alasan macam tu. Yang Dhia pula boleh selamba datang hospital juga tunjuk muka. Lepas tu minta Emy tu bertenang sebab semua tu jadi atas alasan diorang tak rancang. Tak rancang apa kalau Dhia tu memang ada perasaan dan harapkan Zik tu balas cinta dia.

Dalam senyap Dhia jadi batu api. Dah la Dhia tu mengandungkan anak Zik. Lepas tu harapkan Emy tu boleh terima anak dia. Bila Emy taknak dukung anak Dhia, boleh pula Dhia cakap dekat Zik, Emy tu benci anak dia. Dan macam mana kalau Emy buat bukan bukan dekat anak dia. Perghh. Ini kan memang aku bengang sangat. Dah la kau buat hubungan dengan suami orang tu. Walaupun ikut status mereka pun suami isteri tapi ikut perjanjian mereka hanya sekadar kawan dan takkan bersama. Tapi mereka diam diam jalin cinta, tidur sama sampai mengandung lepas tu harapkan Emy tu terima anak tu. Yang Zik pula dengar je cakap Dhia. Yang Dhia nak nampakkan macam dia tu baik dia suruh Zik bercuti dengan Emy. Bagi Emy perhatian. Kalau betul Zik tu sayang Emy, tak perlu sampai orang lain yang ingatkan dia bagi perhatian dekat Emy tu. Ini tak, nak tunggu Dhia suruh baru nak buat. Lepas tu tengah sibuk nak keluar dengan Emy tu la Dhia sibuk nak call Zik. Yang Zik pun time tu la nak berrindu rindu dengan Dhia. Mana Emy tu lagi tak rasa sakit. Zik cakap Zik sayang Emy, cintakan Emy tapi masa dia, kata kata cinta dia banyak pada Dhia. Dan Emy memang sepatutnya rasa tak boleh terima bila Zik cuba tunjuk sayang, luah kata kata cinta sebab kalau betul dia cinta dia takkan ada perasaan dekat Dhia dan apa yang Zik buat ibarat dia simpati je sebenarnya. Emy takkan boleh percaya Zik lagi. Sebab dia boleh rasa yang Zik lebihkan Dhia. Emy tak salah. Emy tak jahat. Emy hanya harapkan orang yang dia sayang yang dia cinta, sayang dan cinta dia juga. Dia dah puas hilang orang yang dia sayang. Dan kali ni dia cuma harap suami dia tak tinggalkan dia. Suami dia hanya cintakan dia. Tapi. 

Dhia tu licik. Dhia memang boleh berlembut boleh tunjuk ibarat dia mengalah sebab dia tak pernah rasa macam mana Emy rasa. Dhia dibesarkan dengan keluarga bahagia. Keluarga yang senang. Dia tak rasa macam mana perasaan perempuan yang tak boleh mengandung. Dia pula memang ada lelaki yang betul sayang dan kejar dia tapi dia nak juga Zik. Suami kawan baik sendiri. Kawan baik apa macam tu. Depan konon sanggup beralah. Tapi dalam diari meluah ibarat suami dia pula yang dirampas. Ibarat dia isteri pertama yang kena beralah dengan madu dia. Ibarat sebenarnya cinta tu milik dia dengan Zik sahaja. Dhia tak layak dianggap kawan baik. Kawan yang baik takkan cuba rampas milik kawan dia.

Sakit betul rasa hati ni bila tengok cerita ni. Semua orang ingat Dhia tu yang baik sebab watak dia bertudung, lembut. Dan Emy pula macam jahat sangat sebab Emy nampak macam mental, suka nak bunuh diri, tak boleh kawal marah. Hakikat kalau bukan sebab Dhia yang sibuk nak bercinta juga dengan suami Emy, Emy takkan jadi macam tu. Dhia memang licik. Aku benci Dhia!! Sebab perempuan macam Dhia ni memang wujud!!